Bayangkan jika harta kekayaan dapat digembleng dan ditujukan ke jalan Jihad Bisnes untuk memerangi kemiskinan dan peminggiran bangsa Melayu dan umat Islam, memakmurkan dunia dan menegakkan keadilan selain menyebarkan syiar Islam. Bayangkan juga jika Waqaf Korporat dapat dijadikan teras utama sistem ekonomi pacuan bisnes masa depan. ‘Menerusi institusi Waqaf Korporat, ciri dinamik dan keupayaan tinggi organisasi korporat pasti dapat dimobilisasi untuk menjana harta kekayaan ummah.’ – Petikan buku Strategi Jihad Bisnes tulisan Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Lebih daripada itu, dengan pengendalian berhikmah, aset bisnes dan harta korporat milik Waqaf Korporat dapat digunakan dalam menambah nilai ekonomi serta menjana harta kekayaan untuk manfaat semua, dan bukan sahaja ekskusif untuk golongan mewah dan kaya seperti sistem sedia ada. Semua ini wajib segera dilakukan bertujuan menepati anjuran Islam ” supaya harta-harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya daripada kalangan kamu.” (Maksud ayat al-Quran. Surah al-Hasyri, 59: 7). 04 Jamadilakhir 1439H Teruskan berhubung dengan DPIM di laman sosial berikut: website: https://www.dpim.org.my/ Instagram: https://www.instagram.com/dpimhq/ twitter: https://twitter.com/DPIMHQ #jubliperakdpim2018 #dewanperdaganganislammalaysia #dpim #berimandanbermuamalah #wadahperjuanganbisnesberteraskanalqurandansunnah #islam #ukhwah #usahawan #februari #2018

Leave a Reply