SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 21 Jun – Dewan Perdagangan Islam Malaysia Negeri Sembilan (DPIMNS) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin bin Harun pada hari ini.

Program yang sepatutnya berlangsung pada jam 09.30 pagi selama 1 jam telahpun ditangguhkan kepada jam 02.30 petang kerana YAB MB telah menghadiri satu kes kecemasan di Port Dickson.

Kunjungan Hormat yang dijangkakan berlangsung 1 jam telah dilanjutkan sehingga lebih 2 jam.

Majlis telah dimulakan dengan YAB MB memohon maaf di atas kelewatan tersebut dan majlis diteruskan dengan Pengerusi DPIMNS, YBhg Tuan Haji Sulaiman Yusuf telah mengucapkan Selamat Hari Raya dan ucapan Terima Kasih kepada YAB Menteri Besar kerana meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat DPIMNS dan seterusnya YBhg Pengerusi telah memperkenalkan saf kepimpinan DPIMNS yang turut disertai oleh YBhg En. Haris Fadzlah daripada Sekretariat Plan Pelaksanaan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Bumiputera (3PTEB) sebagai Perunding dan juga sebagai Rakan Niaga Strategik.

Majlis diteruskan oleh YBhg En. Aminondin Talib selaku Setiausaha DPIMNS memberikan taklimat mengenai profile DPIMNS, Misi dan Visinya.

YBhg En. Haris Fadzlah seterusnya telah membentang Plan 3PTEB kepada YAB Menteri Besar mengenai 7 kluster ekonomi yang akan dilaksanakan oleh DPIMNS.

YAB Menteri Besar juga telah memberikan pandangan dan cadangan balas, membuatkan Kunjungan Hormat ini sangat bermakna besar kepada DPIMNS untuk terus kehadapan.

Sebagai Penutup, YBhg Pengerusi DPIMNS telah mengemukan beberapa resolusi bagi pelaksanaan program jangka pendek dan panjang dan seterusnya YBhg Pengerusi DPIMNS mewakili semua kepimpinan telah menyampaikan hasrat untuk melantik YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai Penaung kepada Dewan Perdagangan Islam Malaysia Negeri Sembilan.

Leave a Reply