PENGENALAN

KRONOLOGI DPIMNS

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang telah ditubuhkan pada tahun 1993 adalah sebuah organisasi yang berjuang untuk menyatupadukan usahawan-usahawan dan ahli perniagaan Islam untuk kepentingan dan faedah ekonomi Islam.

Matlamat utama DPIM adalah untuk menjayakan perdagangan dan perindustrian dengan penglibatan yang menyeluruh daripada masyarakat Islam untuk meningkatkan taraf dan kesinambungan kejayaan ekonomi masyarakat Islam serta memberi rahmat ke seluruh alam.

Penubuhan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Negeri Sembilan (DPIMNS) adalah kesinambungan kepada DPIM melebarkan sayap ke Negeri Sembilan. DPIMNS ini telah didaftarkan semula pada 30hb. MARCH, 2015 selepas pendaftaran awal bertarikh 17hb. JULAI, 1998 telah  terbatal oleh Pendaftar Pertubuhan.

Justeru, sudah menjadi tanggungjawab barisan AJK DPIMNS yang baru ini untuk mengorak langkah kehadapan dalam mencapai inspirasi DPIM induk bagi mengukuhkan aktiviti perniagaan dan perdagangan Islam ke tahap yang lebih dinamik.